Thursday, November 19, 2009

MACAM MACAM DI PARLIMEN

Hari ini Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang merah muka bila kena belasah oleh Speaker Dewan Rakyat iaitu Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia. Lim Kit Siang (LKS) bangun membantah kerana usul beliau di bawah perkara 18(1) ditolak oleh speaker dalam kamar. Tolak dalam kamar bermakna, tidak ada peluang untuk disebut atau dibahas dalam dewan. Maka tidaklah mereka dapat peluang cari publisiti. Hilanglah peluang untuk terus hentam kerajaan. Pembangkang selalu bawa usul di bawah peraturan 18(1). Walapun mereka tahu usul itu mungkin ditolak kerana remeh temeh, tetapi pada mereka kalau ditolak dalam dewan bukannya dalam kamar adalah lebih baik.
Tolak dalam dewan bermakna, usul itu dapat dibaca dalam dewan. Oleh itu ia masuk dalam hansard parlimen. Ia jadi bahan dokumentasi yang boleh dirujuk dalam perpustakaan. Ia akan dicetak dan disebarkan kepada orang ramai sama ada melalui internet, blog, facebook dan surat. Maka mereka akan dilihat sebagai hero kerana membangkitkan isu tersebut. Itulah strategi mereka. Pada mereka walaupun usul itu tidak dapat dibahas dan tidak perlu dijawab oleh menteri, tetapi itulah tujuan mereka apabila ia dapat dibaca dalam dewan.
Usul 18(1) mesti memenuhi tiga kriteria penting. Pertama ia berkaitan isu tertentu. Kedua ia berkaitan kepentingan ramai. Dan ketiga isu itu perlu disegerakan. Tetapi kebanyakan usul yang dibawa oleh pembangkang ditolak kerana tidak perlu disegerakan.
Sebab itu Lim Kit Siang marah apabila usul beliau ditolak. Apatah lagi ditolak dalam kamar. Beliau disokong oleh Anwar. Anwar berhujah, kalau begitu tidak perlu ada parlimen., kalau isu isu seperti rasuah tidak dapat dibahas dalam parlimen dengan menggunakan usul tersebut. Bahkan Lim Kit Siang dengan kurang ajar menyatakan bahawa speaker sebenarnya ikut telunjuk kerajaan. Kerana semua usul yang mereka bawa melalui perkara 18(1) ditolak.
Tetapi apabila speaker menjelaskan dengan berbagai hujah mengikut peraturan termasuk bukti bukti. Kedua dua tokoh pembangkang itu malu dan terdiam. Speaker menjelaskan adalah bohong semua usul mereka ditolak lantas mengemukakan beberapa contoh, seperti usul pembangkang mengenai wabak H1N1 yang dibawa oleh Gopeng, usul tanah runtuh yang dibawa oleh Gombak, usul Palestin yang di bawa oleh Kubang Kerian, usul beras yang dibawa oleh Kubang Kerian juga, semuanya diterima dan dibenarkan oleh speakerr untuk dibahaskan.
Mereka bertambah malu apabila speaker membuktikan termasuk tarikhnya sekali bahawa usul yang dibawa itu telah pun mereka bahaskan ketika berbahas di peringkat dasar dan jawatankuasa berulangkali bahkan berkali kali sejak dua tiga penggal yang lalu. Jadi apa perlunya usul itu dibawa? Bertambah malu, apabila speaker menyindir kedua dua tokoh putar belit itu bahawa, dia tahu tujuan, usul itu dikemukakan. Iaitu hanya mencari publisiti dan bermain politik.

6 comments:

JERRYALLY said...

Terima kasih di atas information ini..Ini menunjukan bahawa Tan sri Pendikar Amin sangat berwibawa, up-todate, berpengalaman dan peka pada keadaan semasa. Anuar dan Kit Siang hanya mencari publicity politik peribadinya. Dengan pendedahan datuk ini dapat lah rakyat menilai siapa sebenar nya mereka ini. Sikap biadap mereka ini harus selalu di tonjolkan supaya rakyat tahu dan dapat menghakimi mereka..Tahniah

NSK said...

Ya....
sememangnya rakyat harus tahu.Apa yg diorg buat smata2 nak cr publisiti n hero dlm politik dmata rakyat kononnya.padahal ibarat tin kosong,tempik jer lbh isi xda.

Unknown said...

YB dont use this translator, make you look like a fool.

SSrahman said...

Helloooooooooo !
WHAT ARE YOU TRYING TO TELL US ??
I do not understand head or tail of what you are writing about.
If this is the quality of a person entrusted with the education of our children, I PITY 1malaysia.
May god have mercy on you.

Anonymous said...

You can't even express yourself properly in English and you are the Education Minister of Malaysia. Goodness me!!! Did you even pass your Form III English???

Ahmad Putra said...

Tak payah nak kata orang datuk, tgk datuk punya post ni pn dah tau mentaliti datuk..

UMNO pengecut!! Guna paper, tv bolehlah hentam puas2.. Pakatan ni guna le blog yang berapa org je boleh baca..