Tuesday, November 17, 2009

ORANG MALAYSIA TERMASUK ORANG MELAYU TIDAK TAAT PADA BAHASANYA

Assalamualaikum wr.wb. dan salam 1 Malaysia.

Hari ini saya merasmikan Persidangan Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu. Persidangan ini dianjurkan oleh UPM dengan kerjasama DBP. Tema seminar ini ialah 'Pemerkesaan Bahasa Melayu sebagai jati diri pembinaan negara bangsa'. Saya ambil kesempatan dalam ucapan perasmian itu untuk membangkitkan perkara pokok iaitu 'pembudayaan Bahasa Melayu' di Malaysia.
Bahasa adalah modal sosial dan juga modal budaya. Bangsa yang meminggirkan bahasanya adalah bangsa yang tidak bernyawa dan bangsa yang tidak ada jati diri. Oleh sebab itu pembudayaan bahasa amat penting. Ia akan melahirkan bangsa yang bergerak secara kolektif. Rasa kebertanggungjawaban kental. Macam orang Jepun. Ini yang Francis Fukuyama sebut, kenapa orang Jepun ada budaya Japanaese Incorporated. Mereka ada budaya kepada bahasanya sendiri. Tetapi budaya bahasa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu amat menyakitkan hati, mengecewakan dan kadang kadang membimbangkan. Lihat sahaja bahasa sms dan bahasa di internet. Pelik sungguh budaya bahasa orang Melayu hari ini.
Contoh pertama, apabila orang Melayu berbual bual sesama mereka khususnya golongan elit, mereka suka berbual dalam Bahasa Inggeris. Apa perlunya mereka berbual dalam bahasa Inggeris. Kita tidak macam orang Perancis, orang Jepun dan orang Korea. Kalau berbual sesama sendiri, mereka tetap menggunakan bahasa mereka, bukan bahasa Inggeris. Pelik kedua ialah kita suka berbual bual terutamanya golongan kelas menengah menggunakan bahasa rojak yang bercampur campur antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Ini cukup jelas dalam drama drama TV termasuk yang disiarkan dalam TV 1 dan TV 2. TV 3 jangan kira. Kita lihat skripnya adalah skrip bahasa yang bercampur campur. Budaya ketiga ialah rakyat Malaysia tidak taat kepada bahasa seperti orang Perancis yang begitu taat pada bahasanya. Orang Perancis walaupun tahu dan fasih berbahasa Inggeris, tetapi mereka tetap bercakap bahasa Perancis.
Bagi mereka bahasa Perancis mempunyai sejarah yang lama. Mereka mendakwa bahasa Perancis bahasa diplomatik di Erofah berbanding bahasa Inggeris. Sebenarnya Bahasa Melayu juga telah berusia 2000 tahun. Bahasa Melayu telah mengalami 6 peringkat evolusi dari bahasa purba hingga menjadi bahasa moden. Tetapi apakah masalah kita sebenarnya. Masalahnya ialah kita tidak dapat membezakan perana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kita melihat peranan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan rasmi sahaja. Itu pun dinodai. Masalah seterusnya ialah kita seperti tidak lagi berkeupayaan bahkan tidak mahu mengawal pun tindakan pihak swasta dan GLC yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris dalam mesyuarat mesyuarat lembaga pengarah mereka. Dengan perkembangan sektor swasta yang pesat, maka dikhuatiri, budaya tidak taat pada bahasa ini semakin menjadi jadi.
Masalahnya, bukan masalah bahasa Melayu, tetapi masalah sikap kita. Kita sendiri yang mengkhianati dasar negara atau mencemarkan citra budaya Malaysia. Sebab itu ada mesyuarat mesyuarat di peringkat fakulti dan senat universiti yang tetap menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Inilah yang mencabar pembudayaan bahasa Melayu di Malaysia.
Oleh itu kepimpinan melalui teladan adalah penting. Mesyuarat kabinet dan pasca kabinet mestilah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, sebab mesyuarat itu adalah di kalangan rakyat Malaysia yang sudah bersetuju bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Perserkutuan. Sebagai kesimpulan dalam ucapan perasmian itu, saya tegaskan jika saya menerima surat daripada mana mana agensi kerajaan, syarikat swasta, GLC dan rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Inggeris, maka saya akan memulangkan surat itu kepada pengirimnya supaya ditulis kembali dalam bahasa Melayu. 'Bahasa Jiwa Bangsa'

9 comments:

ETERNAL ICON said...

Tuan,

Jika benar ingin martabatkan bahasa kebangsaan, perbanyakkan penulisan ilmiah berkualiti dalam bahasa kebangsaan.

Di universiti awam sendiri kita boleh lihat mahasiswa-mahasiswa merujuk kepada buku-buku rujukan dalam bahasa Inggeris. Sama ada buku-buku rujukan dalam bahasa kebangsaan kurang ataupun buku-buku tersebut tidak berkualiti.

Wong Pencen said...

Bagaimana mungkin orang Malaysia mahu menggunakan Bahasa Malaysia dalam urusan seharian kalau pemimpin kerajaan kita sendiri tidak mahu menggunakan Bahasa Malaysia.

Kita cakap pasal Peranchis, Jepun dan Korea. Mengapa mereka boleh dan kita tidak? Senang saja jawabnya. Pemimpin mereka, walau kemana mereka pergi mereka akan bercakap bahasa mereka. Pemimpin kite, berucap di majlis dalam negeri sahaja sudah tidak mahu menggunakan Bahasa Malaysai.

Baru minggu lalu, presiden Cina melawat Malaysia. Dalam sidang akhbar bersama, PM kita menggunakan bahasa Inggeris. Bila sampai giliran presiden Cina, dia bercakap bahasa dia.

Mungkin orang kita akan mula mahu menggunakan Bahasa Malaysia apabila UMNO menukar singkatan nama yang digunakan dengan singkatan nama berasaskan Bahasa Malaysia. Selagi parti terbesar yang menguasai kerajaan tidak boleh berganjak dari bergantung dengan penggunaan bahasa Inggeris, mengharapkan rakyat menggunakan dan menghormati Bahasa Malaysia adalah satu harapan yang sis-sia.

zain said...

Tuan,tolonglah berhenti mempolitikan isu BM ini. Zaman ini kita perlu berkomunikasi dalam bahasa yang difahami seluruh dunia dan mempunyai value komersial. Jadi pertingkatkan penguasaan BI terutama di kalangan orang Melayu kerana semua transaksi besar samaada kontrak, projek dll menggunaan BI. Kebanyak ilmu dan bahan rujukan dalam BI. Kalau tidak orang Melayu akan tercicir selama lamanya.Ini reality dan jangan cuba pergadaikan orang Melayu dengan isu BM ini. Perhebatkan BI dikalangan orang Melayu dan target untuk BI digunakan sepenuhnya di sekolah-sekolah secepat mungkin.

Azizi Khan said...

Living in Australia, I see the same people you mention in your post *queuing up* to learn English in Australia. They are also, along with the Chinese leading IELTS exam takers.

Sure they are patriotic towards their language but they are also very well aware how important English is to the world economy.

Malaysian ministers in the past were well respected in the region for their fluency in English. These days, most of you buggers can't speak English to save your lives.

Maybe thats why you don't repond to letters written in English. Because you are unable to comprehend the language.

Nine times out of then these "Malay language patriotism" comes for little Malay boys who "tak geti speaking" isn't it. :)

Azizi Khan

sikembangcina said...

Dear sir, I speak 100% English in my workplace for the simple reason that all my business partners and clients are scattered around the world. I have many times trying to recruit our so many unemployed graduates, in particular the Malays. However, I'm so sorry to say, it's because of people like you, they can't even speak simple English properly. So, tell me, how am I going to employ them? And who are the losers here if not our own MALAY graduates. Please... think with your brains before you come out with any statement that makes people look at you like you are the stupidest Deputy Minister of Education in the world. I wonder where you get your PhD (Permanent head Damages) from.

Roy Sirimanne said...

Hello YB,
Asamalikum! Tell me Sir, why is it that all the Sultans, most of the ministers and even prime ministers of Malaysia, the Dato's, Datuks, Tan Sri's and Tuns and all that .....send their children to the UK, USA, Europe, Australia , NZ and many other countries which have perhaps a better standard of education ?. Its because They can afford it. Most Malaysians cannot afford it.

For the elite it is so simple...they tap scholarships that are meant for the poor.

It seems that you are bent on keeping the majority like frogs in a well .

Ahmad Putra said...

Kerajaan Malaysia pun tak patuh Bahasa Melayu. Kenapa luluskan istilah KLIA, KLCC, LCTT, Presint, Boulevard, Bajet dan sebagaimana?

Kenalah ke batang hidung sendiri datuk

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Di mana peranan DBP? A.Samad Said dan Datuk Hassan bersekongkol dengan PR...di mana pulak mereka ini untuk memartabatkan Bahasa Melayu?

zelias said...

YB, saya mohon maaf, dan dengan rendah diri mengharapkan blog YB bukan tulisan YB sendiri...kerana mutu bahasa Inggerisnya boleh diperbaiki lagi kerana pengunaan "Literal translations' yg tk kena. Jika YB gunakan 'ghostwriter'untuk menulis, carilah yg gheti guna BI.