Wednesday, November 25, 2009

PARLIMEN HARI INI

Hari ini saya menjawab dua soalan lisan di parlimen. Soalan pertama dari YB Balik Pulau (PKR). Beliau ingin tahu sama ada kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan, supaya tidak wujud campur tangan politik di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya jawab, 'suruhanjaya pendidikan memang amat..amat..tidak diperlukan'. Sebabnya,KPM di terajui oleh seorang menteri dan dua timbalan menteri dan dibantu oleh pegawai pegawai yang sememangnya pakar dalam bidang pendidikan. NKRA ke 3 negara menyebut, kerajaan komited untuk memberikan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan kepada rakyat. Ini bermakna kerajaan mahu memberikan keadilan kepada rakyat tidak kira keturunan, kepercayaan apatah lagi faham politik mereka.
Kalau buat suruhanjaya pun, pembangkang akan kata macam macam juga. Contohnya SPRM. Dulu mereka yang mendesak supaya BPR ditukar kepada suruhanjaya. Tetapi setelah ditukar kepada SPRM, mereka tetap tidak berpuas hati. Mereka tetap tuduh SPRM tidak bebas. Dalam jawapan itu saya beri jaminan, KPM tidak akan mempolitikkan murid murid sekolah. Tetapi saya difahamkan banyak tadika yang dikendalikan oleh pembangkang seperti PASTI dipolitikkan. Jadi saya tanya balik, siapa sebenarnya yang mempolitikkan pendidikan?
Soalan kedua datang dari YB Sungai Siput (DAP). Dia kata polis termasuk mahkamah masa kini zalim kerana mereka tidak dididik dengan nilai hak asasi terutamanya ketika belajar di sekolah dulu. Pada saya ini soalan yang tidak rasional.Oleh itu dia mencadangkan supaya mata pelajaran mengenai hak hak manusia seperti yang termaktub dalam perlembagaan diajar di sekolah menengah.
Sebenarnya subjek itu memang diajar di sekolah tetapi dimasukkan sebagai isi kandungan dalam beberapa mata pelajaran khususnya sejarah, pendidikan sivik, kewarganegaraan serta pendidikan moral. Di Tingkatan 5 diajar melalui subjek sejarah. Manakala di Tingkat 4 diajar melalaui subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Lebih khusus lagi elemen elemen mengenai hak asasi banyak diajar dalam subjek pendidikan moral. Jadi saya ingatkan YB Sungai Siput itu, memang ada, semuanya ada, cuma yang tidak ada ialah, YB Sungai Siput itu tidak ada masa untuk melihat apa yang diajar di sekolah sekarang ini. Maksudnya sebelum buat tuduhan periksa dulu 'fact and figure'.

2 comments:

harmdone7 said...

Saya percaya YB akan perjuangkan Satu Sekolah untuk Satu Malaysia!!

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Saya sentiasa mengikuti hujah-hujah YB Dr. sama ada di Parlimen atau dalam blog ini, cukup bernas dan jelas maksudnya, menolak pelbagai "tuduhan" dengan cara cukup berhemah tetapi tegas. Tahniah, dan teruskan usaha murni ini. Saya akan mencadang warga sekolah kami, SMK Lajau, Labuan mengikuti perkembangan semasa menerusi blog YB. Terima kasih.