Tuesday, December 1, 2009

PEMIMPIN DAP PIJAK GAMBAR - GAMBAR SIAPA YANG WAJAR DIPIJAK

1. Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka hadapan, tindakan beberapa orang pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang memijak gambar tiga ADUN Perak yang keluar parti dan menjadi bebas. Mereka marah kerana angkara tiga ADUN tersebut, kerajaan PR di Perak berjaya ditumbangkan.
2. Setelah menggunakan berbagai cara, termasuk bersidang di bawah pokok, menderhaka pada Sultan Perak (Nizar kata 'Patek Mohon Derhaka') dan mencabarnya di mahkamah, akhirnya pemimpin DAP terpaksa pijak gambar ADUN tersebut untuk melepaskan geram.
3. Wajarkah perbuatan tersebut? Pada mereka sudah tentu wajar. Pada saya memang wajar kerana selama ini pun pemimpin DAP sering bertindak seperti tidak berakal dan tidak bermaruah.
4. Di Parlimen mereka sering berhujah bahawa rakyat mahukan perubahan politik. Mereka dengan bangga mengatakan, merekalah pejuang 'politik bermaruah'. Sebab itu kononnya mereka menang banyak kerusi dalam PRU ke 12.
5. Sepatutnya ahli-ahli DAP memijak gambar pemimpin mereka seperti Lim Ki Siang. Merekalah yang bertanggungjawab dan memberi kepercayaan kepada YB Hee Yit Fong supaya bertanding di DUN Jelapang. Ini bermakna mereka cuai dan mungkin pilih kasih sehingga YB Hee terpilih sebagai calon. Di atas kecuaian dan salah pilih calon itu, maka Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng patut disalahkan.
6. Oleh itu gambar mereka wajar dipijak. Bahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng wajar memijak gambar mereka sendiri sebagai tanda kekesalan di atas kesilapan tersebut.
7. Di samping itu, kenapa mereka tidak berani memijak gambar Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahimlah yang memilih kedua-dua wakil rakyat iaitu Kapten (B) Mohd Osman (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) sebagai calon PKR di kawasan tersebut. Sepatutnya mereka lebih marah kepada Anwar dengan kerenah wakil-wakil rakyat daripada PKR yang letak jawatan dan menjadi bebas termasuk di tempat-tempat lain yang mencemarkan imej Pakatan Rakyat.
8. Oleh itu siapa yang tidak bermaruah? Tiga ADUN bebas itu atau pemimpin utama DAP dan PKR? Bahkan belum tentu ketiga-tiga ADUN itu tidak bermaruah. Mungkin kerana maruah politik, maka mereka bertindak keluar daripada parti dan menjadi ADUN bebas. Kebenarannya ada.
9. Pembangkang kini dilanda berbagai isu. Contohnya di Pulau Pinang, mana maruah Lim Guan Eng apabila menyampaikan bantuan kepada rakyat miskin termasuk orang Islam yang di buat di dalam kawasan Tokong. Apakah tidak ada tempat lain. Kenapa beliau tidak sensitif. Paling nyata di Selangor, Ronnie Liu (Exco kerajaan Selangor) bertindak mengarahkan majlis perbandaran memulangkan balik arak-arak yang dirampas. Orang PAS diam seribu bahasa. Akhirnya Dr. Hassan Ali (Exco agama) pula disalahkan dan disoal siasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS kerana mempertikaikan peranan SELCAT. Mungkin orang PAS tidak tergamak memijak gambar pemimpin DAP. Tetapi kenapa tidak tergamak? Apakah kerana larangan agama, atau takut kehilangan DAP sebagai kawan politik atau memang tidak seberani dulu kerana ikut telunjuk Anwar Ibrahim.
10. Saya harap orang UMNO tidak melakukan perbuatan keji tersebut. Kita kena ikut teladan Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang sememangnya komited dengan politik baru yang lebih bermaruah. Sebab itu Perdana Menteri kata, Nik Aziz tidak perlu minta maaf kepada beliau. Beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai. Rakyat yang akan menentukan siapa yang patut dihukum. Tidak perlu pijak-pijak gambar.
11. Betapa bermaruahnya Perdana Menteri apabila bersetuju memberikan wang ihsan kepada kerajaan Kelantan walaupun Kelantan tidak ada hak. Tidak ada hak kerana minyak tidak ditemui dalam perairan Kelantan. Ia ditemui di luar kawasan tiga batu nautika. Tetapi budi baik dan ihsan Perdana Menteri itu dibalas dengan doa yang tidak bermaruah.
12. Jadi siapakah yang mengamalkan politik tidak bermaruah. Marilah kita menyokong Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang serius, bersopan santun, bertimbang rasa, cepat responsif kepada setiap masalah dan tidak emosi menyuruh orang MEMIJAK-MIJAK GAMBAR dan mendoakan orang Islam yang baik hati supaya dilaknat. Tetapi mungkin kita boleh membenarkan gambar Perdana Menteri Israel dipijak kerana beliau kejam dan sememangnya pengganas.

9 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya sokong bahawa kita tidak perlu terikut dengan gaya pijak memijak dan doa laknat mereka..

kita bangsa bermaruah dan bertatasusila..

lambat laun rakyat akan mula berfikir parti mereka sokong dan berslogankan kebajikan hanya parti retorik semata-mata.

ICON2008 said...

saya pernah salam dengan datuk semasa rumah terbuka raya di seri perdana hari itu. tetapi saya hendak komen sikit sahaja. Kalau ikut pendirian datuk tentang gambar siapa yang wajar dipijak, gambar tiga orang perdana menteri kita juga patut dipijak. Mahathir pernah lantik Anwar dengan Pak Lah sebagai timbalannya. Dua orang ini pernah dikecam hebat oleh Mahathir sendiri. Jadi Mahathir pun cuai. Pak Lah menyebabkan BN kalah 5 negeri. Dia pun cuai. Najib pula melantik datuk sebagai timbalan menteri pelajaran. Kredibiliti datuk juga diragui sebab tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi Najib pun cuai. Kesimpulannya, datuk boleh fikirkan sendiri...

Ahmad Putra said...

Bagaimana pula dengan ahli UMNO yang mengoyak dan memijak gambar Koh Tsu Koon selepas kalah pilihanraya dulu?

Bagaimana dengan ahli UMNO Terengganu yang menggelar Sultan sebagai 'Binatang' datuk?

Tak ke itu pun bebal datuk. Ataupun datuk memang dah ikut bebal sama saya tak tahula.

Dollah said...

Bagaimana pula halnya dengan kencing pada gambar TGNA, TGHA dan Anwar. Saya perbuatan ini 2x5 jer. Apa pula pendapat tuan.
http://payahsungguh.blogspot.com/2009/12/muhyiddin-akui-perbuatan-ini-tidak.html

Terence said...

Bagaimana pula dengan orang BN yang membakar gambar Lim Guan Eng? One sided totally.

Hafidz Baharuddin said...

rasa benci kepada pihak pembangkang kian membuak2,DAP seolah-olah sebuah parti yang tidak bertamadun..TERENCE,orang BN yang membakar gambar LIM GUAN ENG tetapi bukan pemimpin BN.anda sebetulnya menyelidiknya dahulu..
perbezaan orang BN dan peminpin BN..tidak seperti pemimpin DAP

Teacher said...

Salam, saya tertarik dengan komen-komen yang diberikan. Cuma saya terfikir kenapa kita perlu menghina orang yang tak lagi menyokong kita. Apa yang perlu kita buat ialah kaji dimana kelemahan yang ada yang menyebabkan orang meninggalkan kita dan perbaiki kelemahan itu. Perbuatan memijak gambar dan menghina ini adalah perbuatan yang keterlaluan dan tidak bermoral. Setelah melakukan kesalahan dengan senang hati memohon maaf secara terbuka. HIPOKRIT. Terbaru isu SMS, pun sama buat dulu, kemudian minta maaf. HIPOKRIT. Lepas ni tak tahu apa yang akan dibuat, dan disusuli dengan MOHON MAAF terbuka. PERMOHOAN MAAF ini dah jadi satu permainan yang dibuat secara suka-suka. Bersama kita fikirkan.

ismail said...

Apa pun mengapa kita nak membela musuh dan disamping itu kita memperlekehkan saudara seugama Dan bangsa sendira. Pelajarilah sejarah tanahair dan fikir-fikirkanlah.

hilbert said...

Salam sejahtera Datuk,

Terrence harus jawab adakah wajar seseorang yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri merangkap wakil rakyat berstatus anggota Parlimen telah melakukan perbuatan yang sama dilakukan oleh sesetengah rakyat Indonesia satu ketika dulu apabila mereka menuduh Malaysia sebagai pencuri dan sebagainya.

Terrence sudah melihatkan bagaimana lagak Lim Guan Eng serta Ngeh Ko Ham, Nga Kor Ming didalam gambar telah memijak gambar tiga wakil rakyat yang telah tidak menyokong DAP,PKR dan PAS. Bukankah perbuatan seumpama itu sangat bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi yang sering dilaung-laungkan oleh DAP,PKR dan PAS.

Saya setuju dengan komen sdra Hafidz Baharuddin itu mengenai komen Terrence yang pendek dan tidak matang itu.