Thursday, December 10, 2009

POTONG GAJI MENTERI RM10

Today at 12:43pm Edit Note Delete

1. Pada 7.12.2009 yang lalu ahli parlimen DAP Dato Ngeh Koo Ham dari Beruas membawa usul di bawah peraturan mesyuarat 66(9) untuk memotong gaji YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran sebanyak RM10. Tiga alasan dikemukakan. Pertama kerana tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang yang mengakibatkan tiga pelajar India terkorban.

2. Kedua, kerana kementerian membatalkan PPSMI dan ketiga kerana kementerian tidak membantu SJKC dan SJKT. Oleh kerana YAB Menteri berada di Jepun, maka saya mewakili beliau untuk menolak usul tersebut. Usul itu kemudiannya ditolak. Bahkan pembangkang tidak berani untuk mengundi menggunakan undi blok atau undi belah bagi. Takut dimalukan sekali lagi.

3. Pada 8.12.2009 YB Micheal Jayakumar (DAP) sekali lagi membawa usul untuk memotong gaji Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM10. Usul ini juga gagal. Isnin depan 14.12.2009 DAP melalui YB Tian Chua akan membawa usul atas peraturan yang sama 66(9) untuk memotong pula gaji Menteri Dalam Nengeri Dato Seri Hishamuddin sebanyak RM100. Untuk makluman, seminggu sebelum itu DAP sudah membawa usul untuk memotong gaji Menteri di Jabatan Perdana Menteri TS Mohd Nor Yaacop.

4. Saya rasa sudah sampai masanya pembetulan dan pindaan dibuat terhadap peraturan mesyuarat 66(9) tersebut. Jika tidak ia akan disalah gunakan untuk mempolitik dan mensensasikan sesuatu isu. Kebanyakan isu itu pula sudah dijawab dan dibahaskan berulang kali disesi perbahasan dan sesi soal jawab lisan. Pembangkang khususnya DAP menggunakan peraturan tersebut hanya untuk mengulang ulang sesuatu isu. Matlamat mereka ialah untuk memalukan seseorang Menteri. Untuk menyerang peribadi seseorang menteri dan cuba menjadi hero secara mudah.

5. Sebagai contohnya, usul untuk memotong gaji Menteri Pelajaran. Alasan yang dikemukakan adalah amat lemah. Mengenai jambatan runtuh di Kuala Dipang, semua peguam yang terlibat membela ibubapa mangsa korban itu adalah daripada DAP. Peguam DAP tersebut yang memfailkan writ saman di mahkamah pada 20.11.2009. Mereka tahu dan arif bahawa jika kes sudah menjadi kes mahkamah, maka ia tidak lagi boleh dibahaskan di parlimen kerana ia dianggap 'subjudice'. Justeru kenapa mereka bawa juga usul tersebut di parlimen? Apatah lagi YB Beruas itu sendiri seorang peguam.

6. Mengenai alasan kedua, iaitu PPSMI, sebenarnya pembangkang sendiri yang tidak setuju dengan PPSMI. Apatah lagi DAP. Mereka tetap mempertahankan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Mandarin di SJKC. Mereka terlibat dengan demonstrasi di Istana Negara sehingga berlaku keributan yang menyusahkan orang ramai di ibu kota. Tetapi kenapa ia menjadi alasan untuk memotong gaji menteri? Sedangkan kementerian sendiri menggunakan pendekatan 'sof landing' untuk memansuhkan PPSMI pada tahun 2011. Tidak terburu buru pun. Itu pun ada juga yang menuntut supaya ianya dilaksanakan SEGERA, kalau boleh esok.

7. Alasan ketiga lagi tidak munasabah. Kerajaan sebenarnya sudah membelanjankan hampir RM1.6 billion untuk membantu sekolah sekolah SJKC untuk tahun 2009. Bukan itu sahaja dalam Pakej Ransangan Ekonomi 1 dan 2, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada SJKC bantuan modal. Oleh itu mana logiknya, tuduhan yang kerajaan menganak tirikan sekolah SJKC? DAP harus sedar, bahawa banyak lagi sekolah sekolah kebangsaan di pendalaman terutamanya di Sabah dan Serawak yang berada dalam keadaan yang daif. Sekolah ini juga perlu diberi perhatian.

8. Untuk makluman, kerajaan akan membina 6 buah lagi SJKC baru, satu SJKT baru dan 13 perpindahan sekolah SJKC ke tempat baru yang melibatkan perbelanjaan hampir RM100 juta.

9. Justeru apa perlunya usul potong gaji tersebut. Maka adalah wajar Peraturan Mesyuarat 66(9) itu diperbaiki dan dikaji balik, supaya ianya tidak disalah gunakan. Ia boleh mencemarkan kredibaliti parlimen yang pembangkang sendiri kata, perlu dilonjakkan sebagai 'Parlimen bertaraf dunia'.

1 comments:

rezqeen hill said...

Salam YB,

Saya tertarik dgn isu pemotongan gaji.

Bukankah lebih baik sekiranya isu pemotongan gaji Menteri yg diuar²kan oleh pembangkang ditukar ke pemotongan elaun Ahli Parlimen yg kurang memberi tumpuan pd kawasan mereka.

Kerana kebanyakan Ahli Parlimen terutamanya pembangkang hanya suka berpolitik, mengutarakan perkara² mengarut dan memburukkan Ahli Parlimen yg lain sehingga mengabaikan tanggungjawab pd kawasan mereka.

Sepatotnya isu permasalahan rakyat yg paling utama dibawa ke Parlimen. Akhirnya kawasan mereka terbiar begitu sahaja tanpa ada sesiapa sudi menghulur tangan membantu.

Jika usul ini ditolak di Parlimen, saya pohon usul ini dibawa ke mesyuarat MT UMNO.

Perkara ini perlu difikirkan dan dititikberatkan oleh kepimpinan UMNO. Kekerapan wakil rakyat atau pemimpin turun ke kawasan sedikit sebanyak telah meningkatkan sokongan pada pemimpin itu sendiri.

Saya yakin usul ini pasti dipersetujui ramai dan rata² rakyat pasti gembira jika wakil rakyat benar² menjalankan tanggungjawab.

Biarkan rakyat menilai prestasi wakil rakyat mereka. Barulah kene dgn tagline "..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.." ;)

Spt kita sedia maklum, terdapat byk 'lubang²' utk UMNO masuk memenangi semula hati rakyat terutama kawasan yg diwakili pembangkang yg terbiar spt Parlimen Bdr Tun Razak.

Ini kerana kawasan Bdr Tun Razak diwakili oleh Menteri Besar S'gor, Khalid Ibrahim kurang memberikan tumpuan pada kawasan ini kerana komitmen pd kerajaan negeri.

Tidak dinafikan, UMNO di sini telah bersungguh² memenangi hati rakyat tp pengakhirannya program yg dilaksanakan gagal kerana rakyat kurang pendedahan tentang matlamat perjuangan UMNO yg sebenar.

Spt saya katakan td, saya amat berharap perkara ini dititikberatkan agar UMNO tidak dilihat sbg parti warisan MELAYU berzaman².

Saya sgt berharap kemenangan besar UMNO & BN utk PRU 13 akan datang.

Terima kasih YB~